home

search

Chapter 18 Kelab Muzik

  HARI KE LAPAN BELAS

  Hari ini aku ditawarkan untuk menyertai kelab muzik di Akademi Putra. Aku berjalan menuju pintu kelab dan mengetuknya perlahan.

  "Haa, kau Hazrul, marilah masuk."

  Alif menyambut dengan senyuman.

  Aku melangkah masuk, dan Alif memperkenalkan aku kepada ahli kelab yang lain.

  Keterangan Kelab:

  


      
  • Lili - pembuat lagu


  •   
  • Alif - pemain piano


  •   
  • Atifah - pemain seruling


  •   


  "Jadi, ini semua ahli kelab yang ada?" tanyaku ingin tahu.

  "Ya, hanya kami bertiga," jawab Lili dengan tenang.

  Semua mereka ialah rakan sekelasku, jadi aku sudah biasa dengan wajah-wajah ini. Aku mencari tempat duduk di sudut bilik, mataku memerhati suasana kelab.

  Kelab ini bersih dan teratur. Alat-alat muzik disusun rapi, dan meja-meja kelihatan berkilat seperti baru dilap. Namun, aku hairan mengapa kelab ini kekurangan ahli.

  "Kenapa kelab ini tak ramai orang nak sertai?" soalku sambil memandang Atifah.

  Dia tersenyum kecil sebelum menjawab, "Sebab kebanyakan pelajar tak pandai main alat muzik."

  "Betul tu. Mereka semua berbakat dalam bidang lain," tambah Alif sambil mengangkat bahu.

  Atifah memandangku. "Awak pandai tak main gitar?"

  Aku mengangguk perlahan. "Kalau belajar, mungkin boleh."

  Lili tersenyum lebar sebelum bersuara. "Bagus, kita memang perlukan seorang lagi ahli."

  Dia memandangku dengan mata penuh harapan. "Hazrul, cuba awak ajak teman wanita awak."

  Aku terkejut dengan cadangan itu. "Hah? Kalau saya ajak pun tak guna."

  Alif memandangku dengan wajah penuh minat. "Cubalah, mana tahu dia pandai nyanyi."

  Aku mengeluh, lalu membalas, "Ya lah tu. Bukan ke kita perlukan pemain drum?"

  Lili menepuk meja dengan penuh semangat. "Saya dah boleh main drum! Lagi pun, drum ni mudah je bagi saya."

  "Betul tu," sokong Atifah. "Yang kita betul-betul perlukan sekarang ialah seseorang yang bersuara merdu. Dan teman wanita Hazrul memang ada suara macam tu."

  Aku menghela nafas panjang. "Baiklah, aku akan tanya dia."

  Aku keluar dari kelab muzik dan mula mencari Anis. Destinasi pertamaku ialah perpustakaan. Namun, setibanya di sana, suasana sunyi sepi. Aku meninjau sekeliling. Tiada tanda-tanda kelibat Anis, mahupun Shafikah.

  Memang perpustakaan ni kosong ke? fikirku sambil melangkah perlahan. Ruang perpustakaan ini luas, dipenuhi deretan rak buku yang tersusun rapi, tetapi hampir tiada pelajar yang kelihatan.

  Ketika aku berjalan-jalan di sekitar, mataku tertarik pada satu lorong sunyi di hujung perpustakaan. Ada sesuatu yang membuatku berasa hairan. Aku melangkah ke lorong itu dan mendapati satu dinding yang memaparkan sebuah lukisan besar.

  Lukisan itu menunjukkan seseorang sedang memegang pedang sambil bertarung dengan makhluk buas yang berbentuk seperti naga. Siapa yang melukis ini? fikirku. Gaya lukisannya kelihatan seperti hasil tangan seseorang yang mahir.

  Aku menghampiri dinding itu untuk melihat dengan lebih dekat, tetapi tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka di belakangku.

  Aku berpaling, dan ternyata orang yang membuka pintu itu ialah Anis. Dia melangkah masuk dan menutup pintu dengan berhati-hati sebelum memandangku.

  "Oh, awak Hazrul. Apa yang buat kat sini?" tanya Anis dengan nada hairan.

  Aku membalas, "Saya cuma mencari awak."

  Dia menghampiriku sambil mengangkat kening. "Hah? Cari saya? Untuk apa?"

  Aku menarik nafas dan menjawab dengan serius, "Untuk menyertai kelab muzik. Bukankah awak pernah cakap nak jadi seorang idola seperti yang awak impikan?"

  Dia terdiam sejenak, sebelum menjawab perlahan. "Memang saya nak... tapi siapa pula yang akan bantu Shafikah menyusun buku-buku di sini? Lagipun, saya tak pandai main alat muzik."

  Aku tersenyum, cuba meyakinkannya. "Awak boleh belajar. Lagi pula, ahli kelab kami ramai yang sedia membantu."

  Anis kelihatan ragu-ragu, tetapi akhirnya dia bergerak ke arah rak buku sambil berkata, "Baiklah, saya akan cuba."

  Sambil bercakap, dia mencapai sebuah buku yang bertajuk "Angkasawan" dan membukanya. Aku tersenyum kecil melihatnya.

  Sekarang hanya tinggal satu langkah lagi untuk melengkapkan pasukan kelab muzik.

  Selepas tamat waktu pembelajaran, aku dan Anis berjalan menuju ke kelab muzik. Perasaanku bercampur-baur, antara teruja dan sedikit gementar. Setibanya di pintu kelab, aku membukanya perlahan.

  Namun, apa yang menanti di sebalik pintu benar-benar mengejutkan kami. Suasana kelab meriah dengan bunyi muzik dan gelak ketawa. Beberapa rakan sekelas lain turut hadir, seolah-olah mereka sedang berseronok. Di tengah-tengah kekecohan itu, aku melihat Haikal sedang dimarahi oleh Lili.

  Tanpa menunggu lama, Haikal berjalan ke arahku. Sebaik tiba di hadapanku, dia berhenti dan memandang kami dengan rasa ingin tahu.

  "Oh, Hazrul dan Anis. Apa yang korang buat di sini?" soalnya sambil berpeluk tubuh.

  Aku tersenyum kecil dan menjawab, "Kami ke sini sebab nak sertai kelab muzik."

  Mendengar itu, Haikal kelihatan lega. Dia memandangku, kemudian melihat Anis. "Haiss, baguslah tu. Akhirnya kelab ni takkan dibubarkan."

  Belum sempat aku membalas, Lili muncul dan berdiri di sebelah kami. Dia menatap Haikal dengan pandangan tajam. "Akhirnya kau datang juga, Hazrul. Tapi sebelum kita mulakan apa-apa... Haikal, pulangkan gelang aku dulu!" katanya dengan suara tegas.

  Haikal tersengih nakal sebelum berlari mengelilingi kelab. "Kalau kau nak, kejar aku dulu!" katanya sambil ketawa.

  Lili segera mengejarnya, meninggalkan aku dan Anis yang hanya mampu memandang kejadian itu sambil tersenyum kecil.

  "Kelab muzik ni... memang sentiasa begini ke?" tanya Anis perlahan.

  Aku menggeleng sambil ketawa kecil. "Entahlah, tapi nampaknya takkan pernah bosan."

  Suasana itu membuatkan aku yakin bahawa menyertai kelab muzik ini mungkin akan menjadi pengalaman yang menarik dan penuh warna.

  Dengan itu, kelab muzik ini kini mempunyai empat orang ahli. Namun, satu persoalan masih bermain di fikiranku: Apa yang berlaku kepada ahli-ahli kelab yang lain sehingga mereka terpaksa keluar?

  Selepas kekalutan itu reda, kami semua duduk di meja untuk mendaftarkan diri secara rasmi. Aku mengisi borang sambil sesekali mencuri pandang ke arah Anis, yang nampaknya agak gugup tetapi bersemangat.

  Ketika aku menyerahkan borang pendaftaran, aku bertanya kepada Lili, "Lili, adakah Haikal ahli kelab ni juga?"

  Lili memandangku dengan wajah separuh bosan dan menjawab, "Tak. Dia cuma si pengacau yang tak tahu malu."

  Aku hanya mampu tersenyum kecil sambil memandang Haikal, yang ketika itu sedang membuat muka tidak bersalah.

  Setelah semua borang diisi, Atifah mengambil borang tersebut untuk dihantar kepada guru. Aku memerhatikannya keluar dari bilik kelab sebelum Alif tiba-tiba memandang Anis dengan wajah penuh minat.

  "Hey, Anis. Macam mana hari pertama kau berdua bertemu?" tanyanya tiba-tiba.

  Aku yang menyedari arah perbualan itu segera menutup mulut Alif sebelum dia dapat berkata lebih banyak. "Hei! Apa ni, Hazrul?" bentak Alif sambil cuba menepis tanganku.

  Haikal dan Lili memandang kami dengan pandangan pelik. Nampaknya mereka ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku.

  Tiba-tiba, pintu kelab terbuka, dan Amiliya masuk bersama dua rakannya. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

  "Siapa mereka ni?" tanyaku dengan nada ingin tahu.

  Kedua-dua rakannya berbicara hampir serentak.

  "Maaf, kami berhenti semalam."

  Support the author by searching for the original publication of this novel.

  "Sebenarnya, kami ada urusan lain."

  "Tapi kami akan tetap di sini. Jadi boleh kami sertai kelab ni semula?"

  Amiliya segera menunduk sedikit dan berkata dengan nada tenang, "Maafkan aja mereka berdua ni."

  Lili menjawab sambil tersenyum kecil, "Ya, baiklah. Kami maafkan."

  Aku memandang Amiliya dengan penuh rasa ingin tahu sebelum bertanya, "Hey, Amiliya, kau pun ahli kelab ni ke?"

  Dia mengangguk sambil tersenyum. "Ya."

  Aku memandang Alif dengan kerutan di dahi dan berkata, "Kau cakap semalam cuma ada tiga orang aja."

  Alif mengangkat bahu sambil menjawab, "Sejak bila pula aku cakap macam tu? Yang aku cakap, tiga orang selalu aktif. Itu aja."

  Aku hanya mampu menghela nafas panjang sambil memandang yang lain. Nampaknya, kelab muzik ini menyimpan lebih banyak kejutan daripada yang aku jangka.

  Selepas suasana sedikit tenang, aku memandang dua pendatang baru itu. "Apa nama awak berdua?" tanyaku.

  Salah seorang daripada mereka, yang kelihatan lebih ceria, menjawab, "Nama saya Rika, dan ini adik saya, Riko."

  Aku memandang mereka dengan rasa ingin tahu. 'Jadi mereka kembar. Tak hairanlah wajah mereka hampir sama,' fikirku sambil tersenyum.

  Tiba-tiba pintu kelab terbuka, dan Atifah melangkah masuk dengan wajah sedikit terkejut. "Baiklah, eh! Kenapa awak berdua masih ada di sini?" soalnya sambil memandang Rika dan Riko.

  Haikal melompat dari tempat duduknya sambil berkata dengan nada berlagak, "Kenapa? Kerana mereka mahu sertai kelab ini semula. Tadaaa!!"

  Atifah memandang Haikal dengan pandangan pelik. "Pelik," katanya ringkas sebelum berjalan ke arah Amiliya dan duduk di sebelahnya.

  Aku sempat mengira jumlah kami sekarang. "Jadi, semuanya ada sembilan orang dalam kelab ni sekarang," bisikku kepada Anis.

  Rika memandangku dan Anis dengan senyuman. "Wah, tentu kamu berdua ni ahli baru?" tanyanya mesra.

  "Ya," jawabku, sebelum aku membalas soalan dengan soalan. "Apa bakat kamu berdua?"

  Rika tersenyum bangga. "Baiklah. Bakat saya ialah bermain gitar, dan bakat adik saya pula ialah bermain drum."

  Aku mengangkat kening. "Bukan ke pemain drum dah ada?" tanyaku sambil memandang ke arah Lili, yang ketika itu sedang menyusun sesuatu di meja.

  Riko menjawab selamba, "Ya, tapi pemain drum yang ada sekarang pun masih mentah."

  Mendengar kata-kata itu, Lili segera menoleh. "Ooo, kamu berdua cuba hina aku ya?" tanyanya dengan nada mencabar.

  Riko menjawab dengan tenang, "Bukan penghinaan, tapi fakta."

  "Apa?" balas Lili dengan nada tidak puas hati.

  Namun, Riko hanya mengambil gelas airnya dan mula minum, langsung tidak mempedulikan reaksi Lili.

  Aku memandang Anis, yang cuba menahan ketawa. Nampaknya, suasana dalam kelab ini tidak akan pernah sunyi dengan gelagat seperti ini.

  Aku duduk di hujung meja, memandang sekeliling. Ahli kelab ini sangat berbeza watak dan kehebatannya.

  Lili, si pembuat lagu, berdiri di tengah-tengah dengan buku notasi muziknya, seperti seorang komposer besar. Alif, pemain piano yang sentiasa tenang, jarang bersuara tetapi apabila jarinya menyentuh papan kekunci, muziknya berbicara. Atifah, pemain seruling, membawa aura tenang tetapi selalu berjaya menegur dengan kata-kata tajam. Rika, pemain gitar, penuh keyakinan dan gemar mencuba pelbagai gaya baru. Riko, adiknya yang juga pemain drum, seorang yang bersahaja tetapi selalu memberi komen sarkastik, terutama kepada Lili. Anis, penyanyi dengan suara merdu yang menjadi inspirasi kami semua. Dan terakhir, Amiliya, seorang ahli yang misteri kerana bakatnya masih belum didedahkan kepada kami.

  “Jadi, apa sebenarnya bakat awak, Amiliya?” Aku akhirnya bertanya selepas mendengar nama semua orang disebutkan.

  Dia tersenyum tipis. “Itu rahsia buat masa ini. Awak semua akan tahu nanti,” jawabnya sambil bermain-main dengan kunci loket di lehernya.

  Lili, yang sudah biasa dengan misteri Amiliya, terus memberi arahan. “Baiklah, kita akan mulakan dengan sesi percubaan. Hazrul, tunjukkan apa yang awak boleh buat!”

  Aku terdiam seketika. “Err... saya tak pandai main apa-apa...”

  Rika ketawa kecil. “Budak noob memang macam ni,” sindirnya.

  “Eh, jangan buli ahli baru kita!” tegur Lili sambil tersenyum lembut.

  Atifah menghela nafas. “Tak apa, Hazrul. Awak boleh belajar, dan kita semua di sini akan bantu. Lagipun, bakat boleh diasah.”

  Latihan bermula. Rika dan Riko bergabung memainkan ritma energik, manakala Alif dan Atifah menambah lapisan melodi. Suara Anis menjadi tumpuan utama, menyerikan muzik dengan alunan nyanyian indahnya. Lili mencatat setiap nota dan memberi panduan.

  Di sudut lain, Amiliya memerhati. Sesekali, dia melangkah ke piano, memetik satu atau dua nota yang menyempurnakan harmoni.

  “Eh, awak tahu main piano juga?” tanya Alif, terkejut.

  Amiliya tersenyum. “Saya belajar sedikit-sedikit. Tapi itu bukan fokus saya.”

  Aku memandang mereka semua dengan kekaguman. Walaupun aku hanya seorang pemula, aku merasakan bahawa aku berada di tempat yang tepat. Setiap ahli kelab ini membawa sesuatu yang unik, dan aku tahu perjalanan kami bersama pasti penuh dengan cabaran dan kejutan.

  Kelab Muzik Akademi Putra kini bersatu dengan sembilan ahli berbakat, masing-masing menyumbang kepada melodi yang luar biasa. Tetapi apakah rahsia di sebalik bakat Amiliya, dan adakah Hazrul akan berjaya membuktikan dirinya sebagai sebahagian daripada ritma ini? Perjalanan kami baru bermula.

  Di kelab muzik Akademi Putra, suasana sedikit lengang selepas latihan selesai. Aku, Hazrul, duduk di meja bersama Amiliya dan Anis. Mereka berdua berbual sambil menghirup air yang dibawa oleh Alif sebelum dia kembali ke piano untuk menyemak notasi.

  Aku memandang Amiliya dengan rasa ingin tahu. “Amiliya, kenapa awak sertai kelab ni?” tanyaku, cuba memahami kehadirannya yang sering kelihatan seperti berjarak dari yang lain.

  Dia berhenti menghirup airnya dan menoleh ke arahku. “Saya cuma mencari kelab lain yang dapat menggantikan kelab misteri,” jawabnya dengan nada santai, seolah-olah kenyataan itu tiada apa-apa.

  Anis, yang sedang membelek beberapa lirik, tiba-tiba mengangkat kepala. “Kelab misteri? Apa yang berlaku selepas saya lari dari kelab tu?” Dia memandang Amiliya dengan mata penuh rasa ingin tahu dan sedikit ketakutan.

  Amiliya menghentikan pergerakannya seketika, tetapi kemudian hanya tersenyum nipis. “Tak, tak ada apa-apa yang berlaku selepas itu,” jawabnya sambil menyambung menghirup air.

  Aku rasa suasana menjadi sedikit tegang. Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di kelab misteri itu, tapi jelas ada sesuatu yang tak pernah diselesaikan.

  Aku cuba mencairkan suasana. “Dah, semuanya dah berakhir. Tak ada misteri lagi,” kataku dengan senyuman. Tetapi dalam hati, aku sendiri meragui kata-kata itu.

  Anis meletakkan lirik di tangannya, memandang aku tajam. “Hazrul, awak rasa betul ke semua dah selesai?” tanyanya dengan nada serius yang jarang dia tunjukkan.

  Aku cuba menenangkan suasana. “Eh, kalau ada pun, biarkan ia berlalu. Kita di sini nak cipta muzik, bukan nak hidup dalam bayangan lama.”

  Namun, aku tak boleh nafikan perasaan pelik yang menyelubungi bilik itu. Walaupun Amiliya kelihatan tenang, ada sesuatu dalam matanya yang seperti menyimpan cerita yang dia enggan kongsikan.

  “Bagaimana kalau misteri itu bukan sesuatu yang patut dilupakan?” Amiliya tiba-tiba bersuara, memandang ke arah tingkap di bilik itu.

  Aku dan Anis terdiam. Kata-kata itu bergema dalam fikiran aku. Apakah yang sebenarnya berlaku di kelab misteri itu? Dan kenapa Amiliya berkata begitu?

  Aku cuba menepis kebimbangan itu, tetapi jauh di sudut hati, aku tahu bahawa bayangan misteri ini mungkin akan menghantui kami semula, terutama apabila nama BlackAlpha sekali lagi disebut di kalangan pelajar.

  Selepas latihan di Akademi Putra, aku merasa sedikit keliru dengan keadaan yang berlaku dalam kelab muzik. Rika yang sangat mahir bermain gitar, mengajarku teknik-teknik asas untuk memetik senar. Tapi, bagi pemula seperti aku, ia sungguh sukar. Aku merasa jari-jariku terbelit-belit dan kerap kali tersasar dari posisi yang betul.

  Di sebelahku, Anis mencuba untuk bermain beberapa alat muzik yang ada di kelab itu. Dia mula dengan seruling, tetapi bunyi yang keluar seakan lebih menyeramkan daripada sebuah melodi. Kami bertiga saling bertukar pandang, cuba untuk menahan ketawa. Kemudian, Anis beralih ke drum, tapi ketukan yang dihasilkan langsung tidak serasi dengan irama, malah lebih menyerupai dentuman yang mengganggu telinga.

  Tanpa berputus asa, Anis mencuba piano. Malangnya, dia hanya menekan kekunci tanpa membuat sebarang melodi, seperti menekan butang secara acak. Dan akhirnya, dia mengambil gitar. Namun, seperti yang aku duga, dia tidak tahu cara memainkannya dengan betul.

  Dia berhenti, kelihatan letih. "Saya ni memang tak pandai main alat musik kan?" tanya Anis, dengan nada sedikit kecewa dan lelah.

  Aku memandangnya dengan senyum yang meyakinkan. “Jangan risau, suatu hari nanti pasti awak boleh main sekurang-kurangnya satu alat musik,” kata Alif, yang lebih berpengalaman dalam bermain piano.

  Aku hanya mengangguk, tapi dalam hatiku, aku masih geram. Walaupun aku berusaha keras, aku masih tidak dapat menekan kord yang Rika ajarkan. Jari-jariku terasa kaku, dan aku terfikir, adakah aku akan pernah mahir seperti mereka?

  Selepas itu, aku pulang ke asrama. Hari itu terasa panjang, dan aku ingin beristirahat seketika. Tiba-tiba, suara Haikal memanggilku dari belakang.

  "Hey, Hazrul!"

  Aku berpaling dan melihat Haikal berlari menghampiriku. "Apa hal?" tanyaku.

  Dia berhenti di tepi ku dan bertanya, “Sebenarnya kau tahu kenapa Kai tidak datang ke kelas hari ini? Sudah dua hari dia tidak hadir.”

  Aku terkejut dan menggelengkan kepala. "Maaf, aku tidak tahu. Nanti aku akan tanya dia," jawabku.

  Haikal hanya mengangguk dan terus berlari meninggalkanku. Aku berdiri sejenak, terfikirkan tentang Kai yang tiba-tiba hilang. Tetapi, aku cuba menepis perasaan itu.

  Melangkah jauh dari kawasan sekolah, aku menikmati keindahan petang itu. Langit yang berwarna jingga dengan sedikit semburat merah memberi ketenangan. Suasana tenang itu membawa perasaan damai yang hilang sejak aku masuk ke Akademi Putra. Namun, entah kenapa, ada rasa tidak lengkap dalam hatiku, seakan ada sesuatu yang belum selesai.

  Hari itu indah, tetapi di sebalik keindahannya, aku tahu ada bayang-bayang misteri yang masih menunggu untuk dipecahkan.

  Pada malam itu, rasa ingin tahu yang mengusik hati membuatkan aku melangkah ke bilik Kai. Dengan perlahan, aku mengetuk pintu biliknya. Tiada jawapan, jadi aku memberanikan diri membuka pintu. Sebaik pintu terbuka, aku melihat Kai sedang tenggelam dalam dunia permainannya, skrin komputer memancarkan cahaya biru redup ke seluruh bilik.

  Dia berpaling seketika, lalu kembali fokus ke permainannya. "Kenapa kau datang berjumpa aku?" tanyanya dengan nada santai, tanpa berhenti bermain.

  Aku duduk di tepi meja, cuba mendapatkan perhatiannya. "Aku ke sini sebab nak tahu keadaan kau. Kenapa kau tak hadir ke kelas sejak kebelakangan ni?"

  Kai mengangkat bahu, matanya masih terpaku pada skrin. "Sejak kebelakangan ini, aku selalu didatangi si bertopeng."

  Perkataan itu membuatkan aku tergamam. "Si bertopeng? Apa yang dia buat?" tanyaku penuh rasa ingin tahu.

  Dia berhenti sejenak, tapi jarinya masih memegang pengawal permainan. "Dia datang beri amaran," katanya sambil menarik nafas. "Katanya, si penjubah sedang cuba membunuh aku."

  Aku mengerutkan dahi. Kata-kata itu terasa seperti sesuatu yang lebih dari sekadar amaran biasa. "Si penjubah? Siapa dia? Dan kenapa dia cuba membunuh kau?"

  Kai menghela nafas panjang, akhirnya melepaskan pengawal permainan dan beralih pandang kepadaku. "Aku pun tak tahu. Tapi si bertopeng itu nampaknya tahu banyak tentang aku. Dia muncul tiba-tiba, bercakap sekejap, lepas itu hilang tanpa jejak."

  Aku cuba mencerna maklumat itu. Si bertopeng memberi amaran kepada Kai tentang seseorang yang mahu membunuhnya, tapi kenapa? Apa kaitannya dengan Kai? Dan yang lebih penting, siapa sebenarnya si bertopeng itu?

  "Kau rasa dia di pihak kita?" tanyaku, nada suara penuh keraguan.

  Kai hanya mengangkat bahu lagi, kali ini lebih tenang. "Aku tak tahu. Tapi kalau dia nak buat sesuatu yang buruk, dia dah ada banyak peluang. Sebaliknya, dia cuma datang beri amaran."

  Fikiranku mula dipenuhi dengan soalan tanpa jawapan. Si penjubah, si bertopeng, amaran ini... semua ini terlalu misteri. "Aku nak tahu siapa sebenarnya si bertopeng," kataku perlahan, lebih kepada diriku sendiri.

  Kai kembali ke permainannya, seolah-olah apa yang baru dibincangkan hanyalah sebahagian dari rutin hariannya. Tetapi bagi aku, amaran itu terlalu besar untuk diabaikan. Aku tahu, malam ini aku takkan mampu tidur dengan tenang. Ada sesuatu yang gelap sedang mendekati kami, dan aku harus bersiap untuk apa yang akan datang.

Recommended Popular Novels