home

search

Epilog

  Pandangan raksasa kecil itu kabur, kabus tebal mula memenuhi pandangannya, menelan setiap langkahnya dalam kesepian. Pohon-pohon di sekelilingnya seakan-akan berbisik, mengutuk dirinya dengan suara yang serupa dendam lama. Warna-warna alam yang pudar semakin menghilang, meninggalkan hanya bayangan suram. Raksasa kecil itu terus berlari tanpa henti, cuba mencari tempat yang aman—tetapi setiap penjuru terasa penuh kebencian. Bahkan hutan yang luas dan tasik yang sunyi seolah-olah menolaknya pergi, seakan-akan dia adalah makhluk yang tidak layak berada di sana.

  Namun, selepas sekian lama berlari dalam kelelahan, sesuatu yang ajaib berlaku. Pohon-pohon yang dahulu mengejeknya kini berhenti berlagu, dan udara yang penuh bebanan perlahan-lahan berubah. Pohon-pohon itu, entah mengapa, memberi raksasa kecil itu peluang kedua. Dengan hati yang berat tetapi penuh harapan, dia menerima keheningan itu sebagai tanda.

  Petunjuk datang dari bintang malam yang terang di kejauhan, memanggilnya untuk merantau ke arah utara. Tempat di mana, menurut bintang takdir, jawapan kepada penderitaannya menantinya.

  Perjalanan itu penuh kesukaran, tetapi di tengah-tengah pengembaraan, raksasa kecil itu menemukan sesuatu yang berharga—persahabatan. Dia bertemu dengan beberapa manusia yang, walaupun pada awalnya merasa asing dengannya, akhirnya menerima kehadirannya. Mereka tidak hanya menerima, tetapi kagum padanya. Kemampuan raksasa kecil itu bertitah dengan penuh kebijaksanaan dan ketulusan memikat hati mereka.

  Walau begitu, di sebalik senyum dan kehangatan yang dirasai, raksasa kecil itu tahu, perjalanannya masih belum selesai. Bintang takdir terus memanggil, membisikkan bahawa sesuatu yang lebih besar menantinya di hujung utara. Sesuatu yang akan menentukan apakah dia akan terus dicintai—atau sekali lagi diusir oleh dunia yang tidak memahami.

  Enjoying this book? Seek out the original to ensure the author gets credit.

  Sekali lagi raksasa kecil itu menjelajah dunia, bertemu ramai orang, memikat mereka dengan kata-katanya yang bijaksana, membuatkan orang-orang disekelilingnya tersenyum. Apabila raksasa kecil itu telah pun berada di utara, dia melihat kekacauan yang berlaku, hidup di utara adalah sebuah kebohongan baginya. Terlalu banyak kuasa besar yang mengarahkan kuasa kecil untuk melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka sendiri.

  Namun raksasa kecil itu tidaklah beban dari segala beban, dia menyaksikan peristiwa yang terjadi dan mereka, kuasa besar itu mahukan raksasa kecil ini menutup mulut dan memberikan ganjaran tidak setimpan kepada raksasa kecil ini. Raksasa kecil pun dengan tekat yang kuat mahu mengubah sistem yang ada dengan sistem baru. Namun raksasa kecil terlalu muda dan sering melakukan kesilapan. Dia tidak menerima apa yang terjadi pada dirinya.

  Lautan dan pulau memanggil raksasa kecil ini, menyambutnya bak raja yang tulen. Bayangan tahu raksasa kecil ini terdesak, menderita dan bahkan takut dalam masa yang sama sunyi yang mendalam. Bagaimana pun, raksasa kecil ini pintar bercakap dan punya akal yang cerdas dan jujur berucap. Bayangan pun menerima kehadiran raksasa kecil ini. Mereka menerimanya dengan tangan terbuka dan keadilan menyambutnya. Namun entah mengapa raksasa kecil kurang selesa dengan apa yang dilihat oleh banyangan. Bayangan bukan menerimanya kerana kejujuran akan tetapi kerana keaslian yang ada dalam badan raksasa kecil itu.

  Malam pun menyambut dan raksasa kecil itu memikirkan cara untuk membetulkan dirinya. Dia berfikir sejenak dan mengubah bintang takdir kepada takdir yang dia mahu. Disebabkan itu raksasa kecil diburu dan masalah yang melampaui batas datang menghadap raksasa kecil ini. Dan raksasa kecil berfikir untuk membetulkan silapnya dengan apa dayanya. Raksasa kecil itu bertanya boleh saya mengundurkan masa, tetapi jawapan kepada soalan raksasa itu tidak dijawab bintang takdir. Memberi peringatan bahawa apa yang berlaku hanya terjadi sekali sahaja dalam hidup. Cerita ini tamat dengan penyesalan raksasa kecil kemudian beberapa hari mendatang raksasa kecil jatuh bersama kebencian.

Recommended Popular Novels